Friday, August 26, 2011

Pemilihan Jig Sotong dari segi warna dan brand.

Apabila musim sotong tiba, ramai kaki pancing tidak mahu melepaskannya. Trip trip memancing disusun dan ada kalanya hanya memfokuskan pada pancingan sotong. Selain rasanya yang sedap, teknik menangkapnya yang mudah juga menjadi faktor ia sering diburu. Apabila menyebut mengenai pancingan sotong, kita sering dihidangkan dengan pelbagai bentuk dan warna candat dipasaran. Sering kali kita berangapan warna merah dan warna pink menjadi pilihan sotong, tapi perasankan kita bahawa pemilihan candat ini juga dipengaruhi oleh pembiasan warna didalam air? Rujuk http://fahizhussin2.blogspot.com/2011/08/pemilihan-warna-main-line.html#more untuk memahami pembiasan warna-warna yang berlaku didalam air. 

Walau bagaimanapun, sepanjang saya bergelar pemancing didapati masih terdapat perbezaan yang ketara diantara jig sotong berwarna merah jenama Yamashita dan jenama  yang lain Ini berlaku terutamanya di sekitar Pulau Sembilan, Pulau Jarak, pendek kata sepanjang Pantai Barat Malaysia dan kadang kala boleh juga berlaku di Pantai Timur Malaysia walaupun disana lebih banyak sotong.

Walaupun kebanyakan trip memancing saya tidak mensasarkan 100% tangkapan sotong tetapi sotong adalah umpan yang terbaik untuk digunakan bagi menjerat spesis ikan bergred A seperti kerapu dan jenahak. Lebih lebih lagi diperairan Pandai Barat(Pulau Jarak). Oleh itu Candat sotong sentiasa tersedia didalam box memancing saya. Persoalannya ada pelbagai bentuk dan warna dipasaran, ada yang semurah RM5.00 dan semahal RM30.00. Betulkah ada perbezaannya walaupun kedua duanya berwarna merah?
 

Dari kiri sekali candat Yamashita(RM30.00), dan 3 kekanan adalah candat cap ayam. Sememangnya terbukti candat yamashita memberikan hasil yang lebih baik dari ketiga tiga candat yang lain walaupun warnanya merah dan hampir sama.
 
 Candat yamashita dengan hasil pancingan sotong di Kelong

Candat yamashita dengan hasil pancingan sotong di Rompin

Dari pencarian saya sememangnya terdapat perbezaan yang besar diantara candat berjenama Yamashita dan candat dari jenama-jenama yang murah dipasaran. Secara sedar atau tidak saya juga tidak menyangka bahaya Yamashita telah menjalankan kajian yang terperinci menyenai sifat dan habitat sotong. mereka mengkaji dan mendapati sotong dapat melihat kandungan suhu didalam badan mangsanya atau dinamakan "Temperture Variation". Selain bau, warna dan rasa, yamashita telah meletak elimen haba didalam rekabentuk candat mereka. Ini sudah tentu memberikan kelebihan candat Yamashita berbanding yang lain. Lihat lampiran dibawah untuk lebih kefahaman.

 Kertas kajian yang dibuat oleh yamashita mendapati sotong mempunyai deria yang dapat mengesan perubahan haba,
 Oleh itu mereka merekebentuk 1 material yang mampu menyerah dan menyimpan haba dalam satu jangkawaktu yang dinamakan "Warm Jacket"
 Lihat perbezaan kandungan haba dianatar 2 candat yang berbeza, 1 yamashita dan 1 jenama biasa dan terbukti yamashita mampu menyimpan kandungan haba dengan lebih lama.
Selain rahsianya yang terdapat didalam "Warm Jacket" rekabentuk luarannya diperkemas dan diperhalusi untuk memperlihatkan kualiti dari kaca mata pemancing.

 Jadual ini pula menunjukkan warna-warna yang sesuai dan dicadangkan didalam keadaan dan waktu tertentu.
 Jadual ini pula menunjukkan warna-warna yang sesuai dan dicadangkan didalam keadaan dan waktu tertentu.
 Rekabentuk dan warna yang terdapat bagi semua variasi candat sotong yamashita.

Teknik dan gaya persembahan candat sotong.

Walaubagaimanapun ia tidaklah wajib atau satu kemestian untuk pemancing memiliki candat yang mahal ni. Klau ketika musimnya, sotong dengan mudah ditangkap dengan candat-candat murah terutamananya ketika musim sotong di sebelah Pantai Timur Malaysia. Oleh itu tepuk dada tanya selera.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hunt For The Monster Fish

Followers